Apa yang berlaku selepas anda membuat keputusan membeli hartanah sehingga menerima kunci?
Proses Pembiayaan
Perbincangan Awal
Kami menilai pendapatan, komitmen dan matlamat anda untuk menentukan pilihan yang sesuai dan realistik.
Penyediaan Dokumen
Slip gaji, penyata KWSP, penyata bank dan dokumen sokongan dikumpulkan serta disemak supaya lengkap.
Semakan Kredit
Kami membantu anda menyemak rekod CTOS dan CCRIS sebelum permohonan dihantar supaya sebarang isu dapat dikenal pasti lebih awal. Mohon Laporan CTOS
Perbandingan Pakej Bank & Penghantaran Permohonan
Permohonan anda dihantar kepada bank yang menawarkan pakej paling sesuai dengan profil kewangan anda.
Kelulusan & Surat Tawaran
Selepas diluluskan, anda akan menerima Surat Tawaran untuk disemak sebelum membuat keputusan.
Dokumentasi Perundangan
Perjanjian Jual Beli (SPA), perjanjian pembiayaan dan urusan perundangan berkaitan akan diselaraskan bersama panel peguam kami.
Pengeluaran Dana
Dana akan dikeluarkan mengikut jadual yang dipersetujui, sama ada secara berperingkat bagi projek baharu atau sekali gus bagi hartanah subsale.